Destinasi kami seterusnya adalah bandar Taiping yang terkenal sebagai bandar warisan. Taiping mempunyai sejarah unggul yang sudah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air. Banyak perkara pertama berlaku di sini dan kalau tak silap saya ada 30 perkara. Antaranya keretapi tanah melayu pertama terbina di Taiping.
Cuaca yang panas di tambahkan dengan puasa Ramadhan membuatkan saya dan Amy mencari tempat yang redup dan sesuai untuk istirehat. Sepatutnya arah tuju kami adalah ke Lake Town Bukit Merah tetapi bila terpandang papan tanda " SENTOSA VILLA" stereng kereta saya seolah-olah dibuai bayu untuk terus menuju ke sana....
Sentosa Villa merupakan mini resort yang mempunyai senibina yang mengkagumkan, terletak di antara Bukit Maxwell dan Taiping Lake Garden (taman tasik pertama dibina sewaktu era kolonial British). Suasana amat nyaman dengan anak sungai jernih bak kaca membuatkan kami terpesona. Semestinya menjadi pilihan bagi sesiapa pun yang ingin mencari tenang damai disini.
Ketibaan kami di sambut mesra pengurus resort iaitu Encik Ashraf. Boleh di anggap individu yang berkhemah tinggi kerana walaupun sedang bercuti tapi masih meluangkan masa untuk kami dengan memberikan sedikit penerangan berkenaan resort Sentosa Villa. Dengan diiringi pekerja yang sememangnya mesra pelanggan kami di bawa bersiar sekitar kawasan resort. Memang mempesonakan dengan alamsemulajadi yang masih "raw". Pertamanya kami di bawa melawat ke bilik hotel dan chalet. Bahasa mudahnya " AMAT SELESA" dan " BERCITARASA TINGGI".Antara penginapan yang ditawarkan di sini adalah deluxe villa,honeymoon villa,family villa,bungalow,standard room,superior room,junior suite,family classic dan family premier.
Udara segar di sini membuatkan kami terasa bertenaga walaupun di waktu tengahari yang terik. Redup pepohon hijau dengan bunyi ungas membuatkan kami terasa ingin berada lebih lama di sini. Tidak dilupakan juga anak sungai dari air terjun berhampiran amat jernih..membuatkan fikiran saya melayang terkenang kenangan indah sewaktu mandi manda bersama teman-teman kuliah di air terjun Berkelah,Pahang. Sesuatu yang menarik, kita boleh lihat ikan berenang bebas di sini...terasa nak terjun je ...hehehe...memang best...sesuai untuk mandi manda seisi keluarga. Airnya yang cetek tidak membahayakan kepada anak-anak kecil.
Secara keseluruhannya landskap di Sentosa Villa amat cantik dan mengkagumkan. Di tambahkan pula dengan penginapan yang amat selesa..saya amat yakin sesiapa pun akan terpanggil ke mari. Harga yang berpatutan dangan makanan lazat dihidangkan membuatkan kita terasa ingin tinggal lebih lama di sini.
Antaranya:-
Maxwell Hill 0.1km
Burmese Pool 0.2km
Taiping War Cemetery 0.3km
Taiping Lake Garden 0.5km
Taiping Zoo 0.5km
Taiping Museum 1.0km
Taiping Clock Tower 1.5km
Kota Ngah Ibrahim 9.0km
Matang Mangroover Forest 11km
No comments:
Post a Comment